Tuesday, December 20, 2011

Lelaki sebelum dan selepas

Assalamualaikum people :) Dah lama tak update blog , sebab internet problem and takda idea nak update pasal apa . Tapi harini , tiba-tiba ada idea , sebab dua tiga hari ni hati ni asyik sakit je . Nak tahu sebab apa ? Biasa lahh kan , LELAKI :)

Lelaki ni , sebelum couple dia mengayat kita ( kaum hawa ) bukan main lagi . Yang mana buruk jadi lawa , yang mana busuk jadi wangi , yang mana gigi berlapis , jadi lurus macam kereta api . Macam-macam lah . Sampai kita ni jadi cair macam ice-cream yang diletak bawah sinaran matahari .

Masa sebelum couple tu , yang mana guna Celcom tu pun sanggup call kita yang guna Maxis ni kan . Sanggup call handphone kita guna phone rumah walaupun kita dah bagi number rumah kita . Dalam sehari tu , boleh dikatakan banyak kali call , banyak kali webcam . Tapi tu masa mengayat je , bila kita dah sangkut lain pula ceritanya :)

Bila kita dah suka dia , dia layan kita elok-elok masa mula-mula je . Bila dah lama , 1 hari tak dengar suara kita pun okay je. 1 hari tak text kita pun hidup je . 1 hari tak webcam pun takda hal punya . Sebelum couple , segala kekurangan kita dia tak pandang , bila dah couple dah tak dapat nak terima semua tu .

Disini aku nak mengaku yang aku memang tak suka bf aku ada bestfriend perempuan . Sebab apa ? Sebab aku kuat jealous . Walaupun aku tengah berlajar untuk terima semua tu , tapi aku memang tak boleh nak terima . Perempuan ada bestfriend lelaki sebab kadang-kadang kita nak juga sokongan dari kawan lelaki selain bf dia .

Ohh yeah , khamis ni result PMR keluar . Aku harap result aku ni boleh bangga kan Mama and Ayah :)