Hari rabu hari tu aku tuisyen . Balik tu bas PTSG lambat pulak nak sampai , sementara tu aku pun main la handphone Aieman . Bila bas dah sampai , aku cakap lah dekat Aieman yang aku pegang handphone dia dulu . Masa dalam bas , asyik berborak je sampai terlupa handphone dia dekat aku .
Bila dia dah turun bas and bas pun dah gerak baru dia call aku guna phone member dia . Dia tanya pasal handphone . Hari khamis baru aku jumpa dia dekat pasar malam . Bagi handphone dia balik . Hahaha , memang sedap laa aku godek-godek handphone dia kan . Macam-macam aku jumpa kecuali , BLUE lahh .
Tapi ada 1 benda aku terkejut . Aku check contact number dia and yang ni paling aku baran sekali . Dia ada save number perempuan dengan menamakan ;-
- Home Tasha Bie
- <3 Mika ( gf )
- <3 pieka ( gf )
- <3 Wawa ( gf )
- <33 Teha ( gf )
- <3 Tasha ( gf )
Bila aku tanya dia kata tu ex dia and dia lupa nak tukar nama diorang . Padahal aku dah couple dengan dia 3 bulan . Aku rilex lagi malas nak besar kan cerita . Malam semalam aku call dia , then aku slowtalk dengan dia pasal benda tu . Aku tak de lah marah , aku just cakap elok-elok je . Then suara dia bertukar macam orang tengah nangis . Aku ingat dia main-main , rupanya betul-betul . Lepas tu dia terus minta maaf and aku pun dah okay dengan dia :)