Situasi 1
Hari isnin hari tu aku tuisyen , hari tu pulak subject Bm . Cikgu tengah bincang pasal karangan cereka , then dia kata " Kalau awak dapat duit RM 100,000 , awak nak buat apa ? " Okay , aku pun list laa benda apa yang aku nak buat kalau aku ada duit sebanyak tu . Lepas tu cikgu pilih lelaki and perempuan baca apa yang dia nak buat dengan duit tu . Orang lain sibuk cakap nak melanjutkan pelajaran lahh , simpan untuk masa depan lahh , sampai aku jee :-
Cikgu : Ha , awak nak beli apa ?
Aku : Motor Ducati .
Cikgu : Apa ?
Aku : Motor Ducati .
( kedengaran bunyi suara budak lelaki berkata " kenapa tak nak Motor 70 jee " Gelak )
Cikgu : Motor Ducati yang besar tu ? Yang Macam Harley Davidson tu ?
Aku : A'ah .
Cikgu : Saya tak pernah jumpa perempuan yang minat motor macam awak ni . Awak nak bawak pergi mana motor besar tu ? Surau ?
Aku : ( gelak ) pergi ride laa cikgu .
Situasi 2
Bila tuisyen dah habis , semua budak berebut-rebut nak keluar cepat sebab takut tak dapat tempat dalam bas . Masa dah naik bas , aku pun jalan laa lambat-lambat sebab nak carik tempat kosong . Lepas tu tetiba ada suara lelaki bercakap :-
Lelaki : Pon ! Pon ! Ducati nak lalu .
Aku : ( hanya mampu tergelak )
Apa pelik ke perempuan minat motor besar ? Tak pelik kan ? Ahahaha , aku dah adore dengan menatang ni sekarang ♥